Girl Online
Ulangkaji cara cepat Menjelang UPSR
Friday 18 May 2012 • 10:13 pm • 0 comments



Hey hi ! Today Ila nak bagi some extra.Sebab kebelakangan ini,Ila ada terbuka blog yg ownernya UPSR candidates tahun ni.So mgkin sebahagian drpd mereka nak tips2 menjelang UPSR .Haa!!? Gila kau nak bagi extra malam2 buta ni? Ecehh,no hal lah bro. For my readers,I will do anything. So,jum start!

# Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah :

1.Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu





2







PASTFUTURE


welcome to my humble abode! i literally sucks at expressing my emotion, that's why i decided to start a blog, to express everything i am feeling at the moment. i live for my pets and food. x


MOOD BOARD




Template by x
Basecodes x
Other stuffs xxxxx

All Right Reserved 2012 by Girl Online